• ENJOY FREE SHIPPING WITH MINIMUM PURCHASE OF RM80
icon-search
icon-search

Pandemik ajar Aaron Aziz untuk sentiasa bersedia

Pandemik ajar Aaron Aziz untuk sentiasa bersedia

Situasi  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melanda negara akibat penularan wabak Covid-19 sememangnya memberikan kesan kepada setiap lapisan masyarakat.  Tidak kira apa juga status, pasti ada antara kita terpaksa berhadapan keadaan sukar.


Melihat ini daripada kaca mata seorang ketua keluarga, pelakon Aaron Aziz tidak menolak pandemik ini banyak mengajarnya untuk sentiasa bersedia dengan apa juga kemungkinan.


Sama seperti rakan pelakon yang lain, Aaron ketika ini juga tidak sekadar mengharapkan pendapatan dari bidang seni sahaja. Memilih untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan sejak beberapa tahun lalu, tambahnya sudah sampai waktu untuk dia kembali membantu mereka di luar sana.

Malah melalui keinginan itu dia kini berusaha memastikan jenama wangian The Oud by Aaron Aziz mendapat tempat di hati peminat sekali gus membantu jualan produk ini.

“Kita tahu bagaimana  tempoh PKP kebanyakkan kita tidak boleh bekerja dan sebagainya. Saya sendiri melalui perkara yang sama, mujur pada waktu itu The Oud by Aaron Aziz sudah  berada dalam pasaran dan kami menggunakan peluang membuat jualan  secara  atas talian.


“Siapa sangka formulasi kami menguatkan jenama ini secara atas talian menjadi.  Alhamdulillah  The Oud by Aaron Aziz kini menjadi pilihan ramai,”katanya.


Sudah mempunyai empat produk di bawah jenama yang sama, ketika ini jelas Aaron juga dia merupakan ahli Lembaga pengarah Nori Malaysia Sdn Bhd. yang juga pemilik jenama wangian ini.

“Apa yang membuatkan saya yakin untuk bersama-sama membangunkan produk ini bersama Nori Malaysia melalui kesungguhan serta komitmen yang diberikan. Pastinya dengan kelebihan yang saya ada dalam Nori Malaysia juga membolehkan saya merealisasikan impian untuk melihat lebih ramai mereka di luar sana bergelar usahawan.

“Melalui jenama ini saya mahu mereka yang mungkin ada keinginan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan tetapi tidak mempunyai modal yang banyak boleh menggunakan peluang yang kami sediakan.

“Tidak cukup dengan itu dalam terus menguatkan lagi jenama wangian di bawah Nori Malaysia kami juga turut memasarkan produk kami di  lapan rangkaian pasaraya Aeon antaranya Maluri, Bukit Tinggi dan banyak lagi. Selain itu dalam tahun ini juga kami sudah mengenal pasti lima lagi rangkaian pasaraya Aeon yang akan turut menerima produk ini untuk negeri di Selatan dan Pantai Timur,”tambahnya lagi.


Ditanya sama ada dia takut akan saingan dengan produk wangian lain di pasaran ketika ini. Bagi pelakon berusia 45 tahun ini dia sentiasa yakin dengan percaturan rezeki. Tambahnya tiada apa yang lebih penting untuk sentiasa menghasilkan produk yang berkualiti selain mampu milik.

“Yang pertama, The Oud by Aaron Aziz bukan wangian biasa. Selalunya wangian ini kita boleh dapat di Tanah Suci Mekah, sebagai antara mereka yang terpilih untuk ke sana beberapa kali saya memang jatuh cinta dengan wangian ini pertama kali menncubanya. Namun apa yang menjadi masalah sukar untuk mendapatkan wangian ini dalam pasaran tempatan, sebab itu saya bangunkan The Oud by Aaron Aziz

“Bukan sahaja untuk saya tetapi mereka yang mungkin menyukai bauan ini dan dalam masa yang sama juga sukar untuk mendapatkanya. Paling penting, walaupun harga produk ini jauh lebih murah namun saya tidak pernah memandang enteng soal kualiti. Sebab saya yakin hanya dengan produk berkualiti sahaja kita akan mendapat kepercayaan pembeli,”jelasnya.

Menjawab persoalan sama ada The Oud by Aaron Aziz juga menjadi  titik permulaan buat “penghijrahan” dirinya sejak beberapa tahun lalu,  pelakon filem KL Gangster ini memberitahu dia sentiasa bersyukur dengan perjalanan hidupnya sehingga ke hari ini. Terus berusaha menjadi yang terbaik, pastinya setiap proses dalam kehidupannya juga mempunyai matlamat.

“Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmah. Pada umur sekarang juga saya sudah melalui beberapa peringkat kehidupan. Sebagai manusia penting untuk setiap keputusan dalam hidup kita bukan sekadar membawa kita ke arah kebaikan tetapi juga bagaimana ia memberi manfaat kepada mereka yang berada disekeliling kita.

“The Oud by Aaron Aziz bukan sekadar perniagaan tetapi dalam masa yang sama adalah amanah untuk saya,”katanya.

Sementara itu menjawab  soalan mengenai  ramai rakan pelakon lelaki yang melakukan penghijrahan kini, kongsi Aaron dia sentiasa positif. Malah dia tidak melihat ini sebagai satu bentuk “trend”.

“Semua orang juga mempunyai peluang untuk berubah mendekatkan diri kepada agama. Jadi mengapa kita perlu mempersoalkan niat baik seseorang. Seharusnya ini perlu dilihat sebagai sesuatu yang positif.

“Pastinya berada dalam bidang seni pelakon mahupun penyanyi akan sentiasa menjadi contoh. Kalau perkara ini mampu mewujudkan lebih banyak kesedaran, saya anggap ia adalah sesuatu yang baik,”katanya ringkas. -SM



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping